Kena Buat Rampasan Kuasa Kerajaan Penang Ker?


Saja hangatkan isu atau sengaja mencari publisiti. Rasanya isu kedah dan pulau pinang telah berkurun lama berlaku. Bermula era kedah lama dan perpecahan demi perpecahan telah berlaku. Sehingga ditamatkan terjadi 2 buah negeri iaitu pulau pinang dan kedah. 

Sekiranya niat MB kedah mahu mengambil kembali pulau pinang diletakkan dibawah pentadbiran kedah, sepatutnya ketika PN memerintah perkara tersebut telah dirangka diperhalusi. Tetapi untuk apa itu semua? Kerana perbezaan politik? 

SinarHarian | Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.

Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.
"Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

"Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang itu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana (Balik Pulau), dengan Perak mungkin ada. (sempadan Kedah-Pulau Pinang) nak ukur kat mana, nak pakai warta nombor berapa,"
"Bukan nak ambil balik, bukan terlepas apa pun, memang hak kita,".

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, perjanjian persempadanan darat dan maritim antara Kedah dan Perlis adalah melibatkan 44.3 kilometer (km) bagi darat manakala 5.6km bagi maritim (laut) yang bersamaan tiga batu nautika.

Menurutnya, perjanjian yang dimeterai itu telah melakar sejarah baharu antara kedua-dua negeri yang dapat memuktamadkan garis sempadan darat dan laut secara serentak serta sektor yang pertama di Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Lanun sulu menuntut Sabah.
    Laksamana gendut menuntut Penang.

    ReplyDelete