Lambat Hadam Atau AKSB Buat Tak Faham?

Netizen tak kisah pun kalau AKSB nak bagi saguhati, kalau itu yang terbaik untuk kakitangan AKSB. Yang menjadi persoalan netizen adalah kualiti mutu air yang dibekalkan dan jumlah saguhati kakitangan yang dilihat terlalu jauh antara jurang dengan ahli lembaga pengarah. 

Kelantan antara negeri yang selalu melaungkan slogan islam, sepatutnya agihan ini juga mestilah didahulukan kepada mereka yang susah. Apakah ahli lembaga pengarah tidak malu dan tidak rasa bersalah menerima 10k, sedangkan kakitangan bawahan hanya menerima RM200. 

AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah, manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200. Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.



Post a Comment

0 Comments