Makin Panas! Anwar & Mahathir, Apakah Anwar Perlu Kemuka Pembelaan?



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendapat lanjutan dua minggu lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah RM150 juta oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam memberikan lanjutan untuk membolehkannya memfailkan pembelaan terhadap tindakan sivil berkenaan.

Sekiranya Anwar, tidak dibenarkan lanjutan hari ini, defendan perlu memfailkan pernyataan pembelaan hari ini.

Peguamnya, lliff Benjamin Suhaimi mengesahkan keputusan pengurusan kes di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi awal hari ini.

“Kami dapat (lanjutan bermula hari ini untuk selama) dua minggu. Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Julai,” kata peguam itu ketika dihubungi media.

Pada 3 Me lalu, Mahathir memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Tindakan sivil itu adalah berhubung ucapan dasar Anwar selaku presiden PKR pada kongres kebangsaan khas parti itu pada 18 Mac.

Melalui tuntutan mahkamah itu, plaintif mendakwa, antara lain, bahawa Anwar membuat kenyataan tidak benar dan tidak berasas dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya

Mahathir juga mendakwa kenyataan itu bukan sahaja merosakkan imej dan reputasinya tetapi turut memalukan dirinya serta ahli keluarganya.

Mahathir menegaskan bahawa anak-anaknya berjaya dalam dunia perniagaan tanpa campur tangan atau sebarang penyalahgunaan kuasa olehnya sebagai perdana menteri ketika itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am RM50 juta dan ganti rugi teladan RM100 juta.

Mahathir memohon perintah mahkamah agar Anwar mengeluarkan permohonan maaf bertulis dan penarikan serta-merta dakwaan itu.

Plaintif juga menuntut faedah tahunan lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan untuk dikira dari tarikh memfailkan tindakan sivil sehingga penyelesaian penuh pembayaran pampasan, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Malaysiakini

Post a Comment

10 Comments

  1. Aiek!!?? Berpuluh tahun tahun duk lempar tuduhun terhadap TunM, berkotak² bukti katanya dia ada, satu dunia dia dan anakberanak serta para polong pelesit dia duk sebar cerita yang si TunM tu macam² tuduhan jelik dan keji, nih nak kena keluarkan bukti satu line ayat pun tak boleh ker? Lagu nih jangankan berkotak², sekeping dokumen pun macam tak ada la tu kot.

    Nih nak bagi tau kat enko nuaq, kalau kat streets justice jika engko tuduh orang berhari², usahkan bertahun², jika dimintak bukti dan enko gagal kemukakan hasilnya lebam muka ko kena belasah sekurang²nya tau.

    Nih enko nak nain game aper hei nuaq? baru nak buat karangan ker? baru engko nak susun murid² sibiol siazisbari, siazmisharom and geng di dunia tempurung halehwal agensi ugama perundangan civil ker?

    Bagi aku genz nih engko hei siatok nuaq, bukan takat engo gagal merespon di minit pertama dah menunjukkan yg engko to failed dlm isu nih malah yg engko tak membuat laporan pada mana² agensi berkenaan untuk siasatan & tindakan lanjut pun dah menunjukkan yg enko tu semacam gagal tahap setan gondol engko tau tak?

    .

    ReplyDelete
  2. Rasanya kalau Anwar ada bukti maka permainan sosmed berkenaan kekayaan mahdey dan kekayaan mendadak anak2 nya akan diterjemah di mahkamah dunia.

    Biarlah rakyat melihat dan mendengar mereka berdua membuktikan kebenaran di mahkamah dunia.Alang2 masing2 dipanjangkan umur sebelum segala tuduhan mahupun penafian dibawa mati ke liang lahad.
    Biarlah mahkamah dunia mengadilinya.
    Sebagai rakyat biasa dah muak melihat perseteruan mereka.

    Rakyat ingin tahu benarkah kekayaan mendadak anak2 mahdey hasil rasuah dan salahguna kuasa.
    Rakyat juga ingin tahu benarkah penafian mahdey selama ini adalah benar belaka.

    Berseterulah kalian berdua di mahkamah dunia.Rakyat hanya mampu memerhati.

    Semoga segalanya terbukti merungkai segala tuduhan,tohmahan dan penafian sebelum mereka berdua berhenti bernafas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah dicipta atok utk membunuh karektor lawan akan dijadikan gelanggang melihat kehebatannya menangkis tohmahan ke atasnya dan warisnya.
      Kifarah?
      Semoga lawannya dapat membuktikan tohmahan itu benar.
      Kalah menang akan menentukan kredibiliti mereka jatuh atau naik.

      Delete
  3. SOTONG!!!!!!
    Ko memang layak jadi raja formula songsang!!!!

    Dulu ringgit jatuh salahkan najib.
    Sekarang ringgit makin jatuh taknak salahkan nuar!!!????

    Apa yg dah mampu ko lakukan utk surviving rakyat marhaen yg percaya dengan formula ko sekarang!!!!!

    Tak kan tersengih bodo salahkan org lain!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata kerajaan dia dpt tangani kos sara hidup berbanding kerajaan terdahulu.

      Hebat auta dia.
      Dia jutawan dan gaji menteri berpuluh ribu.Mana terkesan dengan kenaikan harga barang.

      Nak komen panjang sangat tak akan berguna.
      Auta kaki spin hanya menangkis dan menyindir lawan politik tanpa melihat realiti para pengundinya yang majoriti b40 yang teringin melihat perubahan reformasi kos sara hidup yang membeban setiap hari.

      Delete
    2. Makin hilang kepercayaan dengan mamat sekor nie?
      Ceritalah sikit formula yang dia telah lakukan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.Bagilah tips sikit.
      Dah jadi menteri gunakan platform tv menerangkannya biar rakyat faham.Mungkin berlainan dari mantan pak menteri yang lepas.
      Jadi pembangang bukan main hebat formula.
      Dah jadi kerajaan jadi bangang pulak.

      Delete
  4. Apak Saman PMx, PMx pula sekeh pala anak Apak... Haah tepokkkk...!!! Kikikiki

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendapat lanjutan dua minggu lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah RM150 juta oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Pada 3 Me lalu, Mahathir memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

    Antara lain, Mahathir menuntut Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.
    Mahathir juga menuntut Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.

    Dalam masa yang sama ... Jengg ..jengggg

    SPRM sudah panggil Anak pada Apak nya bernama Mahathir Mohamad kerana Pengubahan Wang Haram (AMLA)..

    Tak dapat apak, anaknya pun jadi lah.. Yesss Barua VS Barua DAP@LeeKwanYew makin panass, makin sensasi dan makin hottt..!! Kasi tepokkk satu kali alls..!! Barua vs Barua makin panasssss ...!!

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil anak bekas perdana menteri untuk merekodkan kenyataan berhubung siasatan yang sedang dijalankan di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

    Saya ulangggg..!!! Padan muko barua barua DAP@LeeKwanYew. Ajommm Kasi tepokkk ramai ramai.. gaduh la sampai mampos..!!

    Lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwan Yew PRN June 2023 nanti.

    Masa kasi Pelingkup semua saki baki barua barua DAaP@LeeKwanYew semakim hampir.. June 2023 PRN Kasi lingkup semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sangat guna mahkamah.
      Sedar sikit ko tu bukan berkuasa.
      Dulu bolehlah sukati nak masuk campur.
      Sekurang-kurangnya rakyat dapat ilmu bagaimana nak jadi kaya raya macam anak dia.
      Tak dikongsi dalam fb.
      Dikongsi di mahkamah kira ok juga.

      Delete
  5. Berita aleutoh...Jho Low dah jumpa. Zety dan Taufik Ayman dah jumpa ka belom ni...!?

    4 perdana menteri bertukar, dari muka beruang kini jadi tahanan rumah, Jho Low masih lagi gagal ditangkap.

    Jho Low sudah membuat pembedahan wajah dan menyerupai beruang serta berjalan seperti seladang. Disebabkan itu, sukar untuk pihak berkuasa memberkasnya walaupun Mahkamah Sesyen Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 24 Ogos 2018.

    Semalam, kecoh Jho Low kini dipercayai berada dalam tahanan rumah di Shanghai, China, menurut pengarang bersama buku Billion Dollar Whale, Bradley Hope.

    Laporan berita pada Oktober 2018 yang mendedahkan Notis Merah oleh Interpol terhadap Jho Low tidak dipamer di laman sesawang umum badan penguat kuasa itu kerana wujud arahan supaya mereka tidak berbuat begitu.

    Rakyat jalanan hairan mengapa susah sangat pihak berkuasa negara mahupun Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Sedangkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah sekian lama dibicara di mahkamah.

    Bahkan, sejak negara bertukar empat Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14, anak kelahiran Pulau Pinang itu masih gagal diberkas walaupun pelbagai janji diberikan setiap kali kerajaan berubah.

    Pada November 2019 pula, kecoh satu negara selepas Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Bedul ex- IGP lantikan Tun Mahathir mendedahkan pelbagai alasan yang tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Jho Low.

    Rakyat Malaysia tak bangang, rakyat Malaysia ada otak letak atas palo, bukan letak atas palo utoh pemimpin parti yg hado nih..

    Rakyat Malaysia tak bingai, rakyat tak bodoh, rakyat Malaysia tak gilo babi lagi. Rakyat Malaysia siuman sumanya...

    Pihak negara yang melindungi Jho Low sudah dapat mengesan ‘beruang’ yang berjalan seperti seladang. Tiba masa Malaysia atau Interpol menghantar pekerja zoo atau pakar haiwan untuk menjinakkan Jho Low bertukar jadi seladang itu supaya mudah dibawa pulang masuk Zoo Negara

    ReplyDelete
  6. "Kepulangan Isa Samat kepada UMNO suatu rahmat dan kelebihan pada Kerajaan - Timb Presiden UMNo

    Haaah tepokkkk..!! Kikikiki..

    Mat Asan Timb Presiden UMNo menyatakan kembalinya Isa Samad mantan MB NS ke Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), dan melihat Perikatan Nasional (PN) berhempas pulas untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang, saya boleh katakan (kepulangan Isa) akan membawa manfaat kepada Umno, BN dan, dari satu segi, kerajaan perpaduan serta PH.

    Bekas Ahli Parlimen Jempol itu memohon untuk menyertai Umno semula pada Julai tahun lepas.

    Hidup Isa Samat..!! Haah tepokkk

    Kikikiki..

    ReplyDelete