Benda simple jer, tak semua benda boleh dipolitikkan. Sebab kadang, bila dipolitikkan seolah menunjukkan kita tidak tahu tapi buat-buat tahu. Tak pandai tapi cuba tunjuk pandai. 

Persediaan sukan bukannya dibuat pada tahun semasa dan kerajaan madani juga bukan sudah berabad memerintah negara. 

Ustaz seolah menyindir parti PAS sendiri yang ketika itu berada dalam tampuk pemerintahan negara. Mungkin ustaz boleh persoal MB Kelantan yang sehingga kini gagal menyediakan 1 tempat sukan walau apa jenis sukan yang bertaraf ASEAN. 

Tapi tulah.. Orang PAS jarang boleh kita tegur. hmmmm

Media melaporkan kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh.

Malaysia juga gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Pada hari semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara pada edisi ke-32 di Phnom Penh itu lebih buruk berbanding temasya sama di Hanoi, Vietnam pada tahun lalu.

Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai malam tadi, kontinjen negara pulang dengan detik hitam apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.