PAS terus mengecam kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan menganggap ia dikendalikan oleh golongan tidak bermoral sama sekali, termasuk "banduan" dan "perasuah" serta "tidak berakidah."
Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut menggambarkan kerajaan negara ini menjadi lebih teruk dan tidak dapat diubah keadaannya kerana dikelilingi "syaitan-syaitan bisu".
Dia kemudian meletakkan kesalahan atas keadaan yang dianggapnya buruk itu kepada orang Islam yang gagal memilih pemimpin yang baik.
"Kita sedang menyaksikan kerajaan campuran daripada kalangan mereka yang tidak beriman dan tidak berakhlak, terdiri daripada banduan, perasuah, dan penipu yang tidak beraqidah dan tidak berakhlak, dikelilingi pula oleh syaitan-syaitan bisu yang mendiamkan diri terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mereka."Hal ini berlaku akibat daripada meninggalkan kewajipan memilih pemimpin yang beriman dan berakhlak," katanya dalam kenyataan yang dibuat melalui hantaran rutinnya di media sosial hari ini.
Menurut ahli parlimen Marang itu seseorang individu yang hanya berilmu masih tidak memadai untuk menjadi pemimpin kerana mereka perlu juga beriman, berakhlak baik dan bertafaqquh (faham mengenai hal agama).
Dia yang pernah dilantik menjadi duta khas bertaraf menteri oleh kerajaan sebelum ini beranggapan rakyat berada dalam keadaan "paling berbahaya" kerana negara ini didakwanya diperintah oleh golongan yang mendapat pengaruh bukan Islam.
Hina di dunia, akhirat
Keadaan ini berlaku, tambah Abdul Hadi, apabila umat Islam kita berpecah-belah sehingga ia "dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam".
Keadaan itu berlaku, dakwanya, kerana ramai orang Islam yang tidak keluar mengundi.
Untuk rekod PAS pernah menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 apabila berlaku Langkah Sheraton pada akhir Feb 2020 yang menyaksikan parti itu membentuk kerjasama dengan Bersatu - yang meninggalkan PH serta menubuhkan PN - serta Umno.
Ketika itu Presiden Bersatu dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 akibat tekanan dari Umno. Jawatan itu kemudian digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjadi naib presiden Umno.
Di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin dan Ismail Sabri, PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Bagaimanapun apabila PRU ke-15 diadakan pada 19 Nov 2023, PAS - serta PN - tercicir daripada kuasa dan menjadi pembangkang apabila saranan pembentukan kerajaan perpaduan daripada Yang di-Pertuan Agong ditolak oleh gabungan terbabit.
Politik di Malaysia kini sedang memanas kerana semua parti politik sedang membuat gerakan sebagai menghadapi pilihan raya di enam negeri, dengan tiga daripadanya sedang ditadbir PAS, manakala selebihnya PH.
Abdul Hadi berkata ketika ini ramai penganut Islam yang tidak memahami agama walaupun ia bersifat sempurna.
Antara lain, katanya, kerana umat Islam terbabit menganggap mengundi dalam pilihan raya bukanlah suatu kewajiban.
Abdul Hadi juga mendakwa pengundi yang terbabit dalam pilihan raya sebelum ini pula hanya memilih golongan pembohong atau mangsa pembohongan.
Tindakan itu katanya seperti menyediakan diri masing-masing untuk ditimpa bencana sama ada di dunia atau selepasnya.
"Malangnya, dipilih mereka yang menipu dan ditipu, malah ada juga yang benci lalu memilih untuk tidak mengundi."Mereka seakan-akan menyerah diri kepada musuh untuk sama-sama mendapat kehinaan dunia sebelum mendapat kehinaan di akhirat kerana tidak menunaikan kewajipan yang besar (mengundi) dalam Islam," katanya.
2 Comments
usul syedsadiq mengenai isu kapaltempur yg entah apa jadi ditolak mentah² oleh si speker, usul nih menurut si-kj adalah "he got the point", si-kj bukanlah fan si-ss, dan aku bukanlah fanboi bagi kedua² nih, tapi bagi aku kedua² nih valid dlm mereka dlm pe-perbincangan hal tersebut.
ReplyDeleteSelepas kerajaan "pepaduan" ditubuhkan maka byk benda diluar logik telah berlaku dan byk benda tersirat mulai terbongkar secara alami dgn sendirinya, dan yg terbaru adalah apa yg menurut si-tajudin (↓pasirsalak) bahwa beliau ada dalam perbincangan pembentukan kerajaan anwaq-zahid dirumah seorang kerabat [(kerabat mana nih?) yg (seolah² ada kaitan dgn agong?)]..... maka jika ini adalah benar maka byk lagi persoalan telah timbul ... termasuk apakah matlamat serta pakej berkaitan, dan juga ianya lebih lagi membawa tanda soal bilama isu yg si yiddin "telah cukup" sokongan ditangguhkan dgn "anjakan tarikh" "perkenan pengesahan" oleh si-pehak istana.
segala ini pehak yg berautoriti sekarang kena ingat bahwa kami generasi baru ininya bukan lagi generasi makbapak atoknenek kami yg boleh di-olahcatur kerana majoritinya berminda "husnu-dzon butatuli" serta mengangap orang politik serbajujur kerana mereka generasi ini bersifat "serbaikhlas" dan kebanyakan mereka adalah tidak berfikiran kritis dan tidak ter-exposed dengan multi-gelagat politik pelbagai negara dan pelbagai generasi kerana kurangnya media maklumat serta sumber rujukan.... tapi hal itu berbeza dengan geberasi sejak era y2k kerana kewujudan internet dan yg lebih penting lagi afalah generasi wra ini adalah generasi anak² kpd generasi yg telah rata²nya telah berpendidikan dan ber-pendedahan samada ianya yg bersifat baik atau buruk.
Syed sadiq itu betul bilmana dia berkata diparlimen bahwa "jangan ingat orang diluar sana bodoh" ...
Dia adalah anak² generasi kami golongan muda remaja, aku kira dia faham cara berfikir generasi kami yg sangat tidak sama dengan generasi politicians yg rata² adalah generasi atok² kami yg berusia di-awal 20an ini.
Bagi kami bahwa cukuplak atoknenek makbapak kami dipermain²kan, dijual dijaja, diulek dibodohkan ditipu, ditertawakan diperlekeh dsb.
Kami muak dgn semua itu dan kami akan anticipate untuk meng-correct-kan nya sekadar upaya kami yg ada.
Tok lobai janganlah kuat mengata.
ReplyDeleteKerjasama setan ko dengan atok proklamasi melayu(konon) tapi buat2 lupa angkara amanat songsang serta arahan bodoh sehingga berlaku peristiwa memali yg meragut nyawa manusia tidak bersalah.
Insaflah lobai oiii....