Polis Mulakan Operasi Kesan Jocelyn Chia Dimulakan... Tapi Untuk Apa Ye?



Polis akan membuat permohonan kepada Interpol untuk mendapatkan butiran mengenai pelawak Jocelyn Chia, yang dikecam kerana memperlekehkan Malaysia dalam persembahannya di Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata permohonan akan dibuat untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini wanita berasal dari Singapura itu, menurut Bernama.

Terdahulu tular di media sosial klip video memaparkan pelawak itu memperlekeh Malaysia dalam persembahan komediri bertajuk “Singapore vs Malaysia” yang diadakan di New York, baru-baru ini.

Pelawak itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan “tidak mendarat”.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir meluahkan rasa kesal, dan mengecam tindakan wanita itu, dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra pada 7 Jun.

Katanya, tindakan itu langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.

Sebagai respons, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan tindakan pelawak itu.

Beliau turut memaklumkan wanita itu tidak lagi memegang kerakyatan Singapura.

Post a Comment

0 Comments