Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak "demi rakyat".
Katanya, dari sudut pandang scheme of things RM42 juta, iaitu nilai dalam kes rasuah SRC International di mana Najib disabit bersalah, hanyalah perkara kecil.
"Ke hadapan perdana menteri, anda perlu ubah fikiran tentang Najib - demi rakyat. Biarkan dia bebas.
"Dalam pilihan raya negeri akan datang ini, (kerajaan) Madani perlu menang; anda perlu jadi perdana menteri untuk beberapa tahun lagi," ciap Zaid hari ini.
Dear PM you have to change your mind about Najib- for the sake of the people. Let him free. This coming election; Madani needs to win; you need to be PM for a few more years. Umno is weak; only Najib will help you win. Sure he was found guilty; but in the scheme of things 42 mil…
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) June 13, 2023
2 Comments
Kenapa hanya seorang didakwa dan dipenjara?
ReplyDeleteKenapa hakim yang berkepentingan dibenarkan menghakimi perbicaraan?
Kalau ada ahli umno tolak mengundi masa prn nanti pihak kerajaan serta pemimpin parti tak mampu buat apa.
ReplyDeleteDalam diri mereka sama prinsip dengan pengikut gerakan reformasi.Keadilan perlu ditegakkan.
Boikot atau mengundi pihak lawan.