Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak "demi rakyat".

Katanya, dari sudut pandang scheme of things RM42 juta, iaitu nilai dalam kes rasuah SRC International di mana Najib disabit bersalah, hanyalah perkara kecil.

"Ke hadapan perdana menteri, anda perlu ubah fikiran tentang Najib - demi rakyat. Biarkan dia bebas.

"Dalam pilihan raya negeri akan datang ini, (kerajaan) Madani perlu menang; anda perlu jadi perdana menteri untuk beberapa tahun lagi," ciap Zaid hari ini.