Sekiranya rakyat malaysia yang buat sikit saja masalah, kita terus kena saman dan pelbagai lagi tindakan dikenakan. Tetapi, sekiranya pendatang asing yang bermasalah ia seolah buntu untuk kenakan tindakan terhadap mereka. Tambah lagi sekiranya ia adalah pendatang haram atau pemegang kad UNCHR.
Persoalannya, kenapa kerajaan tidak mengeluarkan satu kad pengenalan khas kepada mereka dan mewajibkan setiap pendatang asing samada haram ataupun tidak wajib mengambil kad tersebut dan mereka tertakluk dengan segala perundangan malaysia.
Begitu juga kepada pelancong yang datang, wajibkan mereka mendaftar dan memegang kad pengenalan samada sementara. Negara bukan saja dapat memantau secara terperinci jumlah pendatang asing tetapi dapat menjana wang hasil daripada pengeluaran kad tersebut.
0 Comments