Usul tergempar, kononnnya untuk heret israel ke ICC. Dalam masa yang sama, israel bukan dalam kalangan ICC member. Perkara ini telah dijelaskan oleh pendakwa ICC. Mereka tidak dapat heret israel sebab israel bukan member. 

Untuk bahaskan dalam parlimen isu ini, seolah tiada penyelesaian. Sedangkan isu fattah dan hamas di palestin sendiri sehingga kini tiada titik temu. Inikan pula kita nak berdiskusi heret israel ke ICC. PBB, UN dan segala mak nenek telah mengecam dengan pelbagai tohmahan. Semua tidak jalan. 

Negara VETO sudah berpaksi kepada israel sebagai induk yang bebas membuat apa saja demi merealisasikan greater israel.

Lagi bagus jika perbincangan mengheret negara arab untuk disatukan dan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada israel melalui perdagangan. Itu pun kalau pak arab nak ikut telunjuk malaysia.