Dalam satu lagi operasi pada Sabtu. Pejuang kami menyerang musuh di Al Tawam dan mengena mereka. 3 musuh terbunuh diserang misil kami. Pasukan Al Qassam menyerang hendap juga kawasan sekitar menunggu pasukan bantuan musuh tiba. Pejuang kami bertempur dan menyebabkan 7 musuh terbunuh dan pejuang kami pulang ke pangkalan dengan selamat
Semalam pada Ahad, 25 anggota Komando kami melancarkan serangan terancang ke atas pasukan musuh di Hospital Kanak Kanak Ar Rantisi. Musuh menggunakan hospital itu sebagai pangkalan mereka selepas memindahkan keluar pesakit dan orang yang kehilangan tempat tinggal. Kami menyerang kenderaan pembawa infantri berdekatan hospital dan pasukan Infantri musuh di sekolah bersebelahan Hospital itu dengan mesingan dan misil
Kemudian kami memusnahkan sebuah kereta kebal dan sebuah kenderaan pembawa infantri yang cuba untuk membantu mereka. Kami membunuh 4 orang musuh dari jarak dekat dan melumpuhkan kenderaan pembawa infantri itu. Pesawat musuh masuk campur dan mengebom posisi kami menyebabkan seorang anggota kami terbunuh dan 24 lagi selamat pulang ke pangkalan. Kami percaya selepas itu pesawat itu mengebom pasukan mereka sendiri kerana menyangka mereka sudah ditawan pasukan kami
Sudah byk peristiwa di kawasan pertempuran di mana pejuang kami menyaksikan askar Zionis tidak dapat mengambil semula kenderaan mereka yang musnah dan rosak. Jadi pesawat mereka mengebom dari udara dalam cubaan memadamkan kegagalan mereka
Ini merupakan nota bahawa perincian ini sebahagian daripada apa yang kami boleh umumkan dari operasi ini. Ratusan pejuang kami masih berada di posisi pertahanan strategik dan di kawasan pertempuran. Mereka telah melancarkan banyak operasi yang kami akan dedahkan kemudian apabila keadaan keselamatan dan medan Pertempuran sudah membenarkan
ABU UBAIDA
20 NOVEMBER 2023
0 Comments