Wahab masih gagal untuk tampil bagi membantu siasatan polis berhubung siasatan kes fitnah berhubung penularan rakaman video perbualan lucah membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Wahab.
"Meskipun sudah dipanggil untuk membantu siasatan, Wahab masih belum tampil untuk membantu polis berhubung siasatan kes berkenaan."Kita menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya namun telefon bimbit miliknya dimatikan," katanya kepada BH hari ini.
0 Comments