Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan derma RM500 juta dan RM750 juta sebaik sahaja pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menimbulkan persoalan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu dilihat meragukan dan seolah terkejar-kejar mendahului Istana Negara.

Malah katanya, ia seakan tidak menghormati kedudukan utama Seri Paduka dan pihak Istana Negara dalam mengeluarkan sesebuah kenyataan rasmi.

“PMX (Anwar) menulis tentang derma RM500 juta dan RM750 juta, Istana Negara tidak menulis berkaitan sumbangan derma. Siapakah yang mahu menderma itu?