Noktah Miskin Tegar - Khayalan Fantasi Semua Kerajaan! Data PADU vs Data eKasih

Setiap kerajaan yang memerintah pastinya akan menggamikkan memori menarik supaya rakyat dan netizen politik dapat bersorak sakai. Menoktahkan miskin tegar, menurunkan kadar kemiskinan dan pelbagai lagi dakyah dalam menyedapkan telinga untuk dirasa didalam dada. 

Data kemiskinan negara dikawal selia oleh 1 data sistem sahaja. Iaitu sistem eKasih. Semua maklumat orang miskin akan terkumpul disitu dan segala maklumat bantuan juga tertumpu disitu. Persoalannya, bilakah kali terakhir kita mendengar data eKasih diaudit? Apakah benar semua bantuan kerajaan yang disalurkan adalah melalui senarai data kemiskinan daripada sistem tersebut. Jika benar, berapa peratus pemantau yang berjaya dibuat? 

Dan pada hari ini, timbul satu lagi pengkalan data baru. Namanya PADU. Apakah kerajaan akan melupakan senarai data nasional kemiskinan iaitu eKasih dan bertukar kepada PADU. Itu belum jelas dinyatakan oleh pihak kementerian ekonomi. 




Post a Comment

0 Comments