Idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Al-Sultan Abdullah bertitah, ia lantaran Baginda melihat majoriti yang dimiliki Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tipis, sekali gus memungkinkan krisis pentadbiran negara berulang.
Ia juga seiring hasrat baginda untuk melihat suasana harmoni diwujudkan di negara ini yang seharusnya bermula di Parlimen.
Namun, pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Baginda berkongsi pengalaman pemerintahannya itu dalam wawancara bersama beberapa media tempatan dan antarabangsa di Istana Negara, baru-baru ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah, niat Baginda dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menyatukan semua parti supaya Malaysia mempunyai kerajaan yang kukuh dan stabil, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya.
“Saya nak satu keadaan harmoni dalam negara kita ini dan ia seharusnya bermula di Parlimen.
“Kita tidak harus bergaduh ataupun berfikiran lain kerana kita nak majukan negara kita, nak tingkatkan nama baik negara kita,” titah baginda.“Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas) …tapi saya tak nak bangkit (ulas isu ini) lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.“Then, what choice do I have? Jadi baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan).“Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga.“Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat. Selain itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin politik,” titah Al-Sultan Abdullah.“Namun, saya berharap, perkara ini (Kerajaan Perpaduan) masih dapat diusahakan. Kita tidak harus berputus asa.“Soal berkenaan siapa Perdana Menteri, itu terpulang kepada pucuk pimpinan politik kerana bukan Agong yang memilih Perdana Menteri.“Wakil rakyat yang akan cadangkan nama, bukan Agong yang cadangkan nama siapa Perdana Menteri kerana Agong tidak boleh lantik Perdana Menteri sewenang-wenangnya.“Kalau macam itu, senang lah…tak perlu ada Parlimen,” titah Baginda disusuli ketawa kecil.
0 Comments