Radar Free Kepasa Malaysia.. 😁😁 470km Jauh Boleh Kesan


Kini Tentera Malaysia mampu mengesan musuh sejauh 470 km. Apabila Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari mengumumkan Radar AN/TPS-77 sudah mula beroperasi untuk ATM sejak Disember tahun lepas


Radar ini diberikan secara percuma oleh US di bawah Program Building Partner Capacity. Radar ini menggantikan radar Alenia dan beroperasi di Bukit Kubong, Labuan di bawah kelolaan Skuadron 340 Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM)

Kontrak ini diberikan Kerajaan US kepada Lockheed Martin dengan kos RM 103 Juta(Ni US bayar. Malaysia tak keluar satu sen pun)

Sebelum ini Radar Alenia hanya boleh mengesan sejauh 250 km sahaja. Dengan radar AN/TPS-77 ini maka Malaysia boleh memantau seluruh Perairan Sarawak dan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia dari Labuan

Radar ini juga boleh dibawa ke mana mana sahaja menggunakan Pesawat C-130 Hercules sekaligus menambah kekuatan mobiliti. Kerana ia boleh diletakkan di mana mana sahaja seluruh Malaysia untuk membantu kekuatan pemantauan ATM

Post a Comment

0 Comments