Aplikasi pemesejaan Telegram merupakan yang keempat paling popular di Sepanyol, dan langkah pembatasan ini akan mempengaruhi kira-kira 8 juta pengguna. Mulai esok, syarikat telekomunikasi Sepanyol akan mulai menghalang perkhidmatan Telegram, walaupun beberapa syarikat telah mula melakukannya sejak semalam.
Pembatasan ini dijangka berlaku hanya untuk beberapa hari, bergantung kepada langkah yang diambil oleh Telegram dalam menangani kandungan cetak rompak. Sebelum ini, Telegram telah diharamkan di beberapa negara termasuk Brazil, China, Thailand, Pakistan, Iran, dan Cuba atas pelbagai sebab.
Di Malaysia, adalah umum diketahui bahawa Telegram sering digunakan untuk berkongsi kandungan cetak rompak secara terbuka, namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum mengambil tindakan terhadap isu ini.
Reuters
0 Comments