Dapat RM2000 tu, Sekali la tu - Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024



Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menjelang Aidilfitri awal bulan depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan baru sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

"Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah. Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji," katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan mesra di bazar Ramadan Jalan Mahkota, Kuantan, hari ini.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 15 Mac lalu menggesa kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Presidennya, Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan pimpinan Anwar mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan masih mempertimbangkan pemberian bonus, Anwar memaklumkan pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan Aidilfitri.

"Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah... untuk skim persaraan akan naik lagi. Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam... itu RM2,000 itu untuk raya sekali la tu," katanya.


Malaysiakini 


Post a Comment

2 Comments

  1. Mulakanlah memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Acu tra banding dengan piem 8 dan 9, berapa dia bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lain bagi 500 jer. ni dh dpt 2000.. nk mintak sampai jadi jutawan ker

      Delete