Anthony Loke menafikan dia hadir ke makan malam anjuran kongsi gelap. Dia kata majlis tu dianjurkan oleh persatuan perniagaan cina yang berdaftar dengan ROS untuk kutip dana. 

Okey jom kita tengok sejauh mana benarnya apa yang dia cakap. 

Pada 31 Ogos 2013, PDRM ada siarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram. Antaranya adalah logo Geng 18/04. Kalau korang tengok logo dia macam dua stereng kereta. 

Kalau korang tengok video majlis tu, logo yang dipaparkan kat skrin LED atas pentas, sama dengan logo Geng 04 ni kan? 

Jadi Anthony Loke nak tipu sapa? Apa tujuan seorang Menteri Kabinet hadir makan malam sebuah kongsi gelap yang diwartakan h@ram?

Untuk pengetahuan sesiapa yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.

Aku harap PDRM dapat buka kertas siasatan keatas Anthony Loke dan pemimpin DAP yang hadir majlis tu. Jangan biarkan negara dikuasai kongsi gelap.