Jaafar Onn Meninggal Dunia.. Al Fatihah



PELAKON dan penyanyi, Jaafar Onn Awang menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang), Rabu.

Berita duka itu dikongsikan anak saudara Allahyarham, Fahmi Aziz menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

"Pak cik saya, Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," maklumnya.

Allahyarham sebelum itu dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami berak berdarah dan ditempatkan di zon kritikal.

Bagaimanapun keadaan Allahyarham kembali stabil dan ditempatkan di wad biasa untuk pemerhatian doktor.

Semasa hayatnya, Jaafar Onn yang mahir memasak mula menyertai dunia seni sejak 1970-an sebagai penari sebelum menjadi pengacara dan chef jemputan dalam beberapa program televisyen.

Selain aktif dalam bidang lakonan, arwah juga berkebolehan sebagai penyanyi.

Post a Comment

0 Comments