MOF Kena Tipu Kontrak RM3.9 Billion?




Pengerusi Spanco Sdn Bhd Robert Tan Hua Choon dihadapkan ke di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan menipu Kementerian Kewangan (MOF) antara 27 Feb dan 28 Feb 2019 di Putrajaya sehingga dianugerahkan kontrak RM3.9 bilion.

Tan, 83, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Saya faham (pertuduhan), saya tidak salah," kata taikun itu.

Mengikut kertas pertuduhan Tan didakwa menipu Kementerian Kewangan Malaysia dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bahawa terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh bumiputera di dalam syarikat Spanco Sdn Bhd

Post a Comment

0 Comments