Tukar Jabatan Jer? Polis Ditahan SPRM Bersama Duit RM 2juta!?!



Seorang pegawai kanan polis yang ditahan bersama wang lebih RM2 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar ke jabatan lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan agensi itu.

“Pegawai itu disahkan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pegawai itu telah direman atas dua kesalahan selama lapan hari iaitu satu di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“Selepas tamat reman itu, pegawai berkenaan telah ditahan semula untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 (AMLA) oleh SPRM,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju antara penyandangnya, Superintendan Ashari Abu Samah kepada Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Pada minggu lalu, seorang pegawai kanan dari IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM bersama wang lebih RM2 juta kerana disyaki melindungi aktiviti haram di ibu negara.

Pegawai tersebut dipercayai menerima suapan sejak 2021.

Menurut Rusdi, pegawai itu dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu 30 lalu dan kembali bertugas di IPK Kuala Lumpur.

Tambah beliau, polis turut melakukan siasatan dalaman.

Sementara itu, Rusdi yakin Mohamad Lazim mampu mengangkat IPD ke tahap yang lebih tinggi di samping mengekalkan ketenteraman awam daerah tersebut. 

Post a Comment

0 Comments