Rosmah Mansor ditetapkan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya pada 4 Julai terhadap saman sivil berjumlah AS$346 juta daripada 1MDB dan 10 pihak lagi.
Tuntutan itu berhubung dakwaan menerima barang kemas dan barangan mewah lain yang dibeli dengan dana yang digelapkan daripada syarikat pelaburan negara itu.
Peguamnya Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata ini antara arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa pengurusan kes tindakan sivil itu pagi ini.
Peguam itu berkata, isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan sebelum ini telah hadir bagi melawan saman itu.
“(Berikutan pengurusan kes hari ini), (mahkamah sivil menetapkan) pernyataan tuntutan (saman) yang akan difailkan (oleh 1MDB) pada 4 Jun, pembelaan (oleh Rosmah) difailkan pada 4 Julai, dan jawapan (oleh 1MDB) kepada pihak pembelaan pula akan difailkan pada 2 Ogos."Pengurusan kes kes seterusnya melalui zoom adalah pada 14 Jun," kata peguam itu kepada Malaysiakini.
1MDB dan 10 pihak tersebut memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu dengan menamakan Rosmah sebagai defendan pertama dan Shabnam Naraindas Daswani sebagai defendan kedua.
Menurut Salinan writ saman itu, plaintif mendakwa Rosmah menerima ribuan barang kemas, jam dan beg tangan yang dibeli oleh Shabnam dengan menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan plaintif yang lain.
Selain 1MDB, empat lagi plaintif adalah subsidiary syarikat itu, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited.
Plaintif yang lain adalah bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan lima syarikat yang dalam proses pembubaran, iaitu Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.
Plaintif mendakwa premis tuntutan mereka adalah "tuntutan proprietari berekuiti dan/atau penerimaan harta amanah atau hasilnya yang dapat dikesan yang tidak berpatutan atau diketahui (“penerimaan yang diketahui”) dan/atau bantuan tidak jujur dalam pecah amanah atau pelanggaran kewajipan fidusiari (“bantuan tidak jujur”) dan/atau pengayaan tak patut".
Mereka mendakwa wang dipindahkan menggunakan pelbagai entiti luar pesisir, termasuk lima plaintif yang terlibat, sebelum diberikan kepada 48 vendor yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa untuk pembelian barangan mewah.
"Sebanyak 320 bayaran sedemikian berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat," dakwa mereka.
Selain menuntut arahan agar Rosmah membayar lebih AS$346 juta kepada mereka, plaintif turut memohon mahkamah antaranya agar mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi atau pampasan berekuiti yang ditetapkan mahkamah, ganti rugi keterlaluan dan/atau ganti rugi teladan serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
2 Comments
BRICS: China Lambakkan Perbendaharaan AS Bernilai $74 Bilion dalam 7 Bulan
ReplyDeleteAhli BRICS China sedang melakukan lambakan kerana ia memunggah berbilion-bilion perbendaharaan AS dan hutang agensi dalam tempoh tujuh bulan lalu. Negara Komunis itu menjauhkan diri daripada ekonomi A.S. dan sebaliknya mengumpul tan emas dalam rizabnya.
Morgan Stanley Berkata 'A.S. Dollar is King" . BRICS kata 'U.S Dollar Is Dead'. America Syarikat cemas dan gelabah bila US Dollar tidak laku dipasaran matawang dunia..!!
Bank Rakyat China (PBOC) menerbitkan laporan yang menunjukkan bahawa negara itu memegang 2,250 tan emas pada 2024. Itu hampir $159 bilion nilai emas dalam rizab China manakala dolar A.S. sedang ditunjukkan pintu.
Bank A.S. beri amaran pada BRICS, "Dolar Tidak Boleh Diganti". Bank Pelaburan Morgan Stanley Berkata ‘A.S. Dolar adalah Raja". (Dollar Is King)
Jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan, mata wang USD akan kembali ke tanah air yang membawa kepada hiperinflasi di Amerika.
3 sektor di Ameeika Syarikat akan terjejas secara langsung jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan.
1. Perbankan dan Kewangan
2. Teknologi dan Fintech
3. Barangan Pengguna dan Runcit
Dollar US mula melingkup, orang kaya Amerika dan rakyat Amerika Syarikat diancam kemiskinan tegar, muflis dan bangkrap..!!
A.S. telah mengimport inflasinya ke negara lain selama bertahun-tahun dan pengembalian mata wang akan membawa kepada hiperinflasi di tanah air.
Dari dolu lagi haku dah peringatkan Malaysia harus rapatkan diri dengan pakatan BRICS dan menjadi anggota tetap dalam BRICS...!! Tapi papangang apa dia tahu pasal ekonomi..!?
Suma barang dinaikkan seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat... Malang Malaysia pilih pemimpin bodoh ekonomi sebagai pemimpin..!!
DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.
ReplyDeleteENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya
YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”
Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA
Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini
DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.
Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur