Pecah Kolam! Ribuan Arowana Emas & Putih Terlepas...



Ribuan ikan spesis arowana ditemui dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, sejak semalam.

Ikan hiasan bersisik emas dan putih dalam anggaran berat dua kilogram dipercayai dihanyutkan dari kawasan kolam ternakan kawasan berdekatan.

Justeru penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menangkap ikan terbabit menggunakan jala dan jaring.

Aktiviti menangkap ikan itu bagai satu pesta bagi penduduk setempat.

Malah ada yang menjadikan ikan hiasan berkenaan sebagai hidangan makan tengah hari.

Spesis ikan berkenaan turut hanyut hingga ke Sungai Sayong dan Kota Tinggi.

Dalam pada itu seorang penternak ikan Arowana komersial yang dikenali sebagai Ng Ah Phau ketika dihubungi berkata, ikan berkenaan adalah miliknya yang diternak di 13 kolam, di Kampung Tengah Layang, di sini.

Katanya, lebih15 ribu ikan arowana induk yang dipeliharanya sejak 30 tahun lalu hanyut selepas kolamnya pecah awal pagi semalam menyebabkan beliau menanggung kerugian jutaan ringgit.

Ikan spesis arowana yang dipeliharanya, dieksport ke beberapa negara termasuk Singapura, Jepun, Britain dan Australia.

Difahamkan harga pasaran bagi seekor arowana induk dijual pada harga RM2,000 hingga RM3,000 seekor berdasarkan spesis dan saiz.

Post a Comment

0 Comments