Indonesia Haramkan X, Sekiranya Elon Musk Enggan.....



Menteri Komunikasi di Indonesia kini memaklumkan yang negara berkenaan bersedia untuk mengharamkan platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), sekiranya platform berkenaan tidak menghalang kandungan lucah. Ia turut dilaporkan menteri berkenaan telah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara ini.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada perubahan polisi pada platform X baru-baru ini, yang membolehkan perkongsian kandungan lucah pada platform tersebut.

Selain Indonesia, di Malaysia sendiri, Menteri Komunikasi telah berkongsi mengatakan tindakan X ini melanggar perundangan di Malaysia, dan ia tidak akan dibenarkan sama sekali. Ketika itu, ia dikongsikan Malaysia akan memanjangkan pandangan tegas kerajaan mengenai isu ini kepada pihak X.

Pihak X mahupun Elon Musk dilihat masih tidak memberikan sebarang respon berkaitan pendirian beberapa negara yang tidak menyukai perubahan polisi pada platform tersebut. Mungkinkah kita akan melihat lebih ramai beralih kepada Threads disebabkan oleh perkara ini.

Post a Comment

0 Comments