Melayu Berpecah, Selepas Mahathir Atau Sebelum Mahathir? Korang nilaikan...

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata perpecahan orang Melayu berlaku akibat ketidakcekapan penggantinya selepas beliau meletakkan jawatan pada 2003.

Mahathir berkata, sebahagian besar orang Melayu bersatu bawah Umno ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Katanya, Umno mendapat kepercayaan tinggi orang Melayu sepanjang pemerintahannya membawa kepada Barisan Nasional (BN) menikmati sokongan dua pertiga dalam lima PRU.

Menurutnya, kemerosotan bermula apabila penggantinya Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan.






Post a Comment

0 Comments