Free Speech - Semua pendemo Bersih kena kencing?



Ekoran pengumuman kerajaan yang mana semua media sosial dan perkhidmatan pemesejan Internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini mesti memohon lesen.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, keputusan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan hari ini tidak boleh dikritik atau dipersoalkan apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas hantaran media sosial.

Dakwanya, SKMM kini dengan sewenang-wenangnya boleh melabel sesuatu hantaran sebagai “tidak membina” atau “bersifat membuli” lalu menyekatnya.

“Mana janji Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang dahulu yang mahu memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat? Dan di manakah kredibiliti Kerajaan Madani yang dilihat terlalu takutkan bayang-bayangnya sendiri?” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Mike Chong turut mempersoalkan Kerajaan Madani yang dilihat tidak mahu mempedulikan kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang semakin membimbangkan.

Ujar beliau, penurunan drastik ke kedudukan ke-107 dalam indeks itu berbanding kedudukan 73 tahun lalu gagal memadamkan keghairahan kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara.

“Tanggapan awam ini perlu diperbetulkan, jika tidak kerajaan yang dikuasai PH mengiyakan bahawa pentadbiran hari ini lebih diktator berbanding kerajaan-kerajaan lain terdahulu demi kepentingan politik sesetengah pihak,” katanya.

SKMM sebelum ini mengumumkan langkah pelesenan baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025, berikutan pengenalan rangka kerja kawal selia baharu untuk perkhidmatan media sosial dan pemesejan internet mulai 1 Ogos.

Langkah itu akan dikuatkuasakan melalui Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Bagaimanapun, langkah itu mendapat kritikan banyak pihak yang bimbang berhubung kemungkinan berlaku penyalahgunaan oleh pihak berkuasa selain bertentangan dengan pendirian PH berkenaan kebebasan bersuara sebelum ini.

Malah, bekas Pengerusi Bersih, S. Ambiga yang merupakan penyokong kuat PH sebelum ini turut menempelak langkah itu dan `menobatkan’ kerajaan Madani hari ini sebagai kerajaan paling diktator pernah dimiliki rakyat.  

– MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments