Goodbye Fake Akaun - Lesen Akaun media sosial bermula tahun hadapan?


Zahid Hamidi menafikan ada unsur politik atau menghalang kebebasan bersuara susulan langkah mewajibkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai lapan juta pengguna memohon lesen mulai tahun depan.

Timbalan perdana menteri berkata langkah mewajibkan permohonan lesen kelas pemberian perkhidmatan aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bagi menangani peningkatan kes jenayah siber termasuk buli selain memerangi fitnah terutama menggunakan akaun palsu.

Tegasnya, warganet yang menggunakan media sosial secara berhemah tanpa melanggar etika tidak perlu dengan bimbang penguatkuasaan bermula 1 Jan depan itu.

“Apa nak takut kalau media sosial digunakan untuk menyatakan kebenaran dan memperkenalkan identiti yang sebenar.

“Banyak negara tidak menggunakan saluran sosial media yang ada sekarang, China umpamanya, mereka ada cara sendiri, Singapura juga mendaftarkan (media sosial), supaya setiap netizen bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya, bukan melempar tapi sembunyi tangan.

Itu namanya pengecut, katanya menurut Bernama selepas merasmikan mesyuarat Umno Bagan Datuk.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini
perlu memohon lesen kelas pemberian perkhidmatan aplikasi.

Kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet akan diperkenal 1 Ogos.

SKMM menjelaskan dasar baharu itu dibuat selaras keputusan Jemaah Menteri dalam usaha memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous said...
    Datuk Yip Kum Fook meletakkan Datuk pada tahap yang rendah kerana menggunakan nama Datuk untuk menipu orang, Menipu wang Kuil Buddha, dll.

    Ramai orang berkata dia melakukan Samnak Sambodhi kepada hartanya kerana dia membuat dokumen untuk Samnak Sambodhi(Kuil) kerana anaknya berkata Kuil itu milik bapanya (Yip Kum Fook)

    Gelaran Datuk sangat tinggi di Malaysia tetapi Datuk Yip Kum Fook ini pernah menipu orang, jika suatu hari nanti, Semua sultan dan Agong tahu cerita itu, sultan-sultan akan sedih, dan semua Datuk akan tidak senang dan bimbang tentang belakang.

    Ramai yang mengesyaki Datuk Yip Kum Fook melakukan perkara yang menyalahi undang-undang kerana dia mempunyai banyak wang di Malaysia dan di luar negara, dan ramai kanak-kanak hilang, mungkin itu rancangan, tetapi kerajaan Malaysia perlu menyemaknya.

    Encik Simon Low Kok Meng adalah pembantu mencari berita untuk Datuk Yip Kum Fook, Simon Low ini juga perlu berhati-hati, dia tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung kepada datuk Yip Kum Fook.

    Dari Wah dan Kawan-kawan(Taman Desa Jaya, Kepong)

    ReplyDelete