Tidak kompromi! PAS sedia tamat hubungan dengan Gerakan!



PAS ‘berkira-kira’ mahu menamatkan kerjasama politik dengan Gerakan susulan pendirian rasmi parti itu berhubung derma syarikat arak kepada sekolah.

Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menyuarakan rasa ‘sangat kecewa’ terhadap parti itu atas alasan sokongan Gerakan terhadap derma syarikat arak.

Katanya, PAS bersedia memutuskan jalinan politik dengan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) itu pada PRU16.

“Pendirian rasmi parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik, katanya dalam catitan Facebook.

Semalam, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata Kementerian Pendidikan tidak seharusnya menyekat ‘syarikat tertentu’ menyumbang dana kepada sekolah.

Beliau berkata, ia penting sekiranya kerajaan tidak memperuntuk dana mencukupi kepada semua jenis sekolah.

Katanya, sumbangan syarikat arak tidak akan mempengaruhi pelajar atau menyebabkan mereka menjadi peminum tegar.

Kelmarin, Tiger Beer menafikan memberi sumbangan kepada sekolah dengan berkata, peranannya dalam pengumpulan dana sekolah, yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, hanya melibatkan persembahan artis tempatan di sebuah konsert.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh sebelum ini menegaskan, Tiger Beer, milik Heineken Malaysia Bhd, telah menganjurkan pengumpulan dana ini selama 30 tahun, mengurangkan beban kewangan kerajaan sambil membolehkan sekolah vernakular menaik taraf prasarana mereka.

Post a Comment

0 Comments