Biar Betul! Takiyuddin Backup Ahli GISBH! ?? Ahli tak bersalah?



PAS menggesa sebarang tindakan tegas diambil terhadap Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlaku pengabaian hak dan ketidakadilan kepada ahli tidak bersalah.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata, keghairahan untuk menghukum pihak terbabit isu GISBH tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan, meskipun menyokong penuh tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang didapati salah.

Terutama sekali ahli-ahlinya yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat, katanya dalam kenyataan, menambah banyak kempen dan naratif negatif tersiar di media sosial supaya tindakan segera diambil terhadap syarikat itu.

PAS percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibincang Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.

Beliau berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan polis menahan dan mendakwa sebilangan pemimpin serta ahli GISBH.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan fahaman didukung oleh GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya dari segi batiniah.

Dalam serbuan Op Global pada 11 Sept lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu juga mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan 171 individu termasuk 105 wanita.

Post a Comment

0 Comments