Orang Kelantan! Hari ini kena standby! 9 Jajahan dijangka banjir!!



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir mungkin berlaku di sembilan jajahan Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan jajahan terbabit ialah :
  1. Tumpat, 
  2. Pasir Mas, 
  3. Kota Bharu, 
  4. Pasir Puteh, 
  5. Bachok, 
  6. Tanah Merah, 
  7. Machang, 
  8. Kuala Krai dan 
  9. Jeli.

Di jajahan Tumpat, banjir dijangka melibatkan lembangan Sungai (Sg) Golok, Sungai Kelantan dan Sungai Pengkalan Nangka. Sementara di Pasir Mas, ia membabitkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

Di Kota Bharu membabitkan tiga lembangan sungai iaitu Sg Kelantan, Sg Pengkalan Datu dan Sg Semerak. Di Pasir Puteh melibatkan lembangan Sg Kelantan dan Sg Semerak.

Jajahan Bachok, banjir dijangka membabitkan lembangan Sg Kemasin dan Sg Semerak, manakala Tanah Merah melibatkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

Di Kuala Krai, banjir dijangka membabitkan lembangan Sg Kelantan, manakala di Jeli melibatkan lembangan Sg Golok dan Sg Kelantan.

JPS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir, jika hujan signifikan berterusan di lembangan sungai tersebut.

Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh jangkaan. Justeru, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta berwaspada dan sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa.

Post a Comment

0 Comments