Kes rogol di Kelantan - 98% Kerana Suka Sama Suka



Polis Kelantan mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah menghamilkan sepupunya yang berusia 15 tahun dipercayai atas dasar cinta bawah umur.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku minggu lalu itu menyebabkan kanak-kanak lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala sepupunya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kes sumbang mahram di Kelantan sangat membimbangkan, apabila saban tahun kejadian rogol melibatkan bawah umur yang dilaporkan adalah kerana suka sama suka, bukannya paksaan.

"Tahun lepas sebanyak 252 kes direkodkan manakala tahun sebelumnya (2023) 206 kes. Tahun ini, dari Januari hingga Mac sudah meningkat 15.6 peratus jika dibandingkan tempoh yang sama pada 2024," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Rabu.

Menurut beliau, hasil siasatan pihak polis mendapati 98 peratus kes rogol di Kelantan berlaku kerana suka sama suka.

Ujarnya, lebih membimbangkan apabila kes tersebut melibatkan mangsa di bawah umur serta terdapat trend kanak-kanak perempuan mencari lelaki.

Mohd Yusoff memberitahu, hasil pemeriksaan terhadap telefon milik kanak-kanak perempuan terbabit banyak menemukan video serta gambar-gambar porno.

"Hasil penemuan kami juga mendapati kanak-kanak perempuan ini sanggup merekod gambar atau video bogel mereka dan dikongsi kepada lelaki yang baru dikenali melalui media sosial.

"Masyarakat terutama ibu bapa, pihak sekolah diharap tidak cuba menyembunyikan kes rogol melibatkan sumbang mahram terutama kanak-kanak. Kena lapor pada kami," katanya.

Menurut beliau, pihak polis bukan hendak mendedahkan peningkatan kes rogol di Kelantan, tetapi ingin menekankan masalah sosial yang sedang berlaku di negeri ini.

Ujarnya, hasil kajian pihak polis mendapati bahawa faktor seperti konflik keluarga, hubungan cinta, pendedahan kepada video atau gambar lucah, kurangnya didikan agama, pengaruh rakan sebaya, serta penggunaan dadah antara punca utama berlakunya perbuatan terkutuk tersebut.

Beliau menambah, 30 peratus daripada kes rogol dan sumbang mahram disumbangkan oleh penggunaan dadah, berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Burkina Faso malukan Amerika Syarikat..!!

    https://vt.tiktok.com/ZSrhJxTyc/

    President Burkina Faso tolak jemputan Trump, Papangang terkinja kinja tunggu jemputan Trump

    https://vt.tiktok.com/ZSrMkyMJT/

    Kenali barua negara anda..!!

    Burkina Faso show the way no westernation colonialism and it's must end now..!!

    https://vt.tiktok.com/ZSrMYLN3E/

    Ini lah kenapa mereka semua (pemimpin doonia isle) yang ramai adalah barua barua kolonial IMF, World Bank dan Oligarchy barat seperti Soros, Rothschild dan Rockefeller.

    https://vt.tiktok.com/ZSrBmGydQ/

    Tapi di Malaysia (Dah lama aku tak menulis), seperti yang aku nyata sebelum ini akhirnya Jho Low adalah pemenang , Melayu seperti Tun M, Anwar Ibrahim dan walaun nya adalah barua barua Melayu DAP@LeeKwanYew yang rela jadi barua barua DAP@LeeKwanYew sedangkan bercakaran berbunuhan sampai sekarang....!!!

    Namabia ikut Burkina Faso... Papa di Malaysia jer terhegeh hegeh nak jumpa Donald Trump..

    https://vt.tiktok.com/ZSr542YYL/

    Malaysia perlu berinvestasi di negara benua Afrika...!! Perang tarif China VS USA ... Malaysia yang terkinja kinja jumpa Donald Trump..!!

    Alahai papa...!!

    ReplyDelete