Tular isu berkaitan sebuah kuil yang dibangkitkan oleh Ketua Kampung dari AMANAH Dengkil.
Setelah mendapatkan maklumat yang lebih tepat berhubung perkara ini, memang diakui bahawa kuil tersebut telah dibina secara tidak sah di atas tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan masjid.
Namun isu ini sudah berada dalam proses penyelesaian oleh pihak berwajib, iaitu Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang.
Pihak yang bertanggungjawab membina kuil tersebut juga telah memberikan kerjasama yang baik, memahami bahawa tapak tersebut akan digunakan untuk pembinaan masjid yang dijadualkan bermula tahun ini selepas mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
0 Comments