Dulu Ceramah di Warung, Kini di Hotel Mewah – Wong Chen Sindir Budaya Baru Politik PKR DAP



Ahli Parlimen PKR, Wong Chen meluahkan kebimbangan terhadap budaya politik wang yang kian menular dalam kalangan parti-parti yang dahulunya pembangkang, tetapi kini sebahagian daripada kerajaan. 

Beliau menyifatkan perjuangan asal telah ‘luntur’ dan politik semakin rosak, khususnya dalam pemilihan dalaman DAP dan PKR. 

Wong turut mengenang zaman awal PKR yang serba kekurangan, berbanding kini dengan program di hotel mewah yang menimbulkan persoalan sumber dana.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertahankan pendekatan parti yang menolak amalan politik wang. Beliau mengkritik budaya ‘jaga akar umbi’ melalui pemberian wang atau barangan, sambil menegaskan bahawa PKR adalah parti reformasi yang berprinsip. 

Kedua-dua pemimpin ini memberi isyarat jelas bahawa cabaran sebenar kini ialah memastikan parti kekal pada landasan asal, bebas daripada pengaruh politik wang yang memudaratkan.

Petikan Asal : MKini

Post a Comment

0 Comments