Gaji & Elaun Ahli Parlimen Cecah RM25,000 Sebulan – Masih Tak Cukup Lagi Ke?

Ahli Parlimen PKR, Wong Chen, baru-baru ini mencadangkan agar gaji ahli parlimen dinaikkan, dengan alasan jumlah yang diterima sekarang adalah terlalu rendah berbanding beban tugas dan kos operasi yang ditanggung.

Menurut Wong, tugas sebagai wakil rakyat bukan sekadar menyara keluarga, tetapi juga menanggung pegawai dan kakitangan di pejabat parlimen masing-masing.

"Mereka fikir kita hanya jaga anak dan pasangan? Sebenarnya kita juga kena tanggung semua orang di pejabat kita," katanya semasa pelancaran buku di Kuala Lumpur.

Wong turut menyebut bahawa banyak elaun yang diterima bukan sebahagian daripada gaji tetap, dan kerja politik adalah bidang yang sangat mencabar serta mahal.


Tapi… Betul ke gaji sekarang terlalu rendah?

Berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, berikut adalah antara gaji dan elaun yang dinikmati oleh seorang Ahli Parlimen:

✅ Gaji pokok: RM16,000 sebulan
✅ Elaun keramaian: RM2,500
✅ Elaun perjalanan, tol, minyak, pemandu: ~RM4,800
✅ Elaun telefon & telefon bimbit: ~RM900 + RM2,000 setiap 2 tahun
✅ Komputer, pakaian rasmi, elaun hotel, penerbangan kelas bisnes, dan banyak lagi kemudahan lain...

💰 Jumlah kasar yang diterima boleh melebihi RM25,000 sebulan, tidak termasuk faedah perjalanan rasmi dan kemudahan hospital kerajaan.


Soalan untuk difikirkan:
  1. Dengan pendapatan dan faedah sebanyak ini, logik ke bila ada yang kata tak cukup?
  2. Patutkah gaji ahli parlimen dinaikkan sekarang, waktu rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup?
  3. Atau kita perlu lihat semula struktur perbelanjaan politik dan cara pengurusan pejabat parlimen?

Petikan Asal : Mkini



Post a Comment

0 Comments