“Saya Pernah Dilabel "Pemberontak" Lawan Ayah Dalam PKR” – Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama



Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pemilihan PKR, tapi satu perkara dah jelas – Nurul Izzah Anwar tak akan berdebat dengan pesaingnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ramai yang tunggu-tunggu debat ni, tapi Izzah tetap dengan pendirian. Katanya, lebih baik masa yang ada digunakan untuk bertemu perwakilan dan cabang-cabang parti di seluruh negara.

“Lima hari je lagi nak mengundi. Saya nak guna masa ni sebaik mungkin untuk turun padang dan dengar suara akar umbi,” katanya semasa program Temu Rapat Akar Umbi Zon Utara malam tadi.

Sebelum ni, Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah, ada cadangkan supaya Izzah pertimbang semula ajakan Rafizi untuk debat. Tapi Izzah tetap dengan keputusan – berjuang cara dia sendiri.

Yang menarik, Izzah juga sentuh tentang kisah lama yang tak ramai tahu. Katanya, dia pernah berbeza pendapat dengan ayahnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sampai pernah dilabel “pemberontak” dalam parti.

“Ramai dah lupa, tapi saya pernah kena ‘serang’ oleh penyokong ayah sendiri. Tapi saya tetap teruskan perjuangan.”

Izzah berharap perwakilan menilai dirinya berdasarkan rekod perjuangan, bukan persepsi semata-mata.

Beliau juga tekankan bahawa cabaran sebenar bukan sekadar pemilihan parti, tapi PRU-16 yang makin hampir. Katanya, antara tugas besar PKR sekarang adalah meyakinkan anak muda, sebab kajian terbaru tunjuk 68% golongan muda tak minat politik.

Petikan Asal : Utusan

Post a Comment

0 Comments