6 Sebab Serangan Dron Ukraine Ini Bahaya dan Musnahkan Maruah dan Aset Utama Udara Tentera Rusia




Kenapa satu serangan dron dari Ukraine dianggap sebagai tamparan besar kepada Rusia? 

Ini bukan serangan biasa. Serangan ini menunjukkan kelemahan besar dalam sistem pertahanan dan keselamatan Rusia. 

Berikut adalah 6 sebab kenapa serangan ini penting dan sangat memalukan bagi Tentera Rusia:


1. Dron Lepasi Sistem Pertahanan Rusia
  • Serangan ini dilakukan sepenuhnya menggunakan dron tanpa pemandu. 
  • Lebih mengejutkan, dron-dron ini berjaya melepasi sistem peperangan elektronik (electronic warfare) dan keselamatan udara Rusia yang sepatutnya ‘kebal’. 
  • Ia bukan saja memalukan, tapi membuka mata dunia bahawa sistem pertahanan Rusia boleh ditembusi.


2. Serangan Tepat ke Pangkalan Strategik

  • Dron-dron ini menyerang pangkalan udara utama Rusia, tempat di mana pesawat pengebom strategik dan pesawat yang mampu bawa senjata nuklear disimpan. 
  • Ini bukan tempat biasa, ini aset terpenting dalam kekuatan udara Rusia.

3. Kerosakan Teruk: 34% Kekuatan Pengebom Musnah

  • Dengan hanya serangan dron, Ukraine berjaya memusnahkan 34% daripada kekuatan pengebom strategik Rusia. 
  • Rusia dianggarkan kerugian lebih USD 7 bilion dalam serangan ini. 
  • Jumlah ini sukar diganti dalam masa terdekat, dan ini memberikan impak langsung terhadap keupayaan tempur jangka panjang Rusia.

4. Pesawat Penting Rusia Musnah – Ini Implikasinya

Beberapa pesawat utama yang musnah atau rosak ialah:
  • A-50 Mainstay (AWACS): Pesawat pengesan awal dan kawalan udara. Bila musnah, keupayaan Rusia mengesan serangan musuh dan koordinasi jet tempur jadi lemah. Rusia jadi ‘buta’ dari segi radar dan kawalan udara.
  • TU-95MS: Pesawat pengebom jarak jauh yang juga membawa peluru berpandu nuklear. Kehilangannya melemahkan kemampuan “second strike” Rusia – iaitu keupayaan membalas serangan nuklear selepas serangan pertama. Ini satu tamparan besar kepada konsep pertahanan nuklear Rusia.
  • TU-22M3: Pengebom pantas jarak jauh yang digunakan untuk serangan strategik. Kehilangannya menjejaskan keupayaan serangan udara jarak jauh Rusia di medan perang seperti di Ukraine.

Ketiga-tiga pesawat ini merupakan simbol kekuatan tentera udara Rusia. Kehilangan mereka bukan sekadar kerosakan material, tapi juga jatuhnya ‘aura ketakutan’ yang sebelum ini dimiliki Rusia.


5. Risikan Rusia Bocor – Ukraine Tahu Lokasi Tepat

  • Apa yang lebih mengejutkan ialah Ukraine tahu secara tepat lokasi pesawat-pesawat tersebut. 
  • Ini menunjukkan bahawa sistem risikan Rusia telah ditembusi atau bocor – sama ada melalui pengintipan fizikal atau serangan siber. 
  • Serangan ini bukan sekadar kekuatan dron, tapi juga kemenangan risikan.

6. Pesawat Sukar Diganti – Rusia Semakin Terdesak
  • Banyak daripada pesawat ini adalah model lama, susah diganti kerana:
  • Industri pertahanan Rusia kini beroperasi hampir 100% kapasiti untuk keperluan perang di Ukraine.
  • Sekatan Barat menyukarkan Rusia untuk mendapatkan komponen kritikal.
  • Pembinaan semula pesawat seperti A-50 dan TU-95 makan masa bertahun-tahun, bukan bulan.
  • Dengan kekangan ini, Rusia tidak boleh ganti dengan cepat apa yang telah musnah – menjadikan kerugian ini sangat signifikan.

------++++++++-----------

Serangan dron ini bukan sekadar satu kejayaan taktikal, tapi pukulan strategik besar kepada Rusia. Ia melemahkan kekuatan udara, menjejaskan imej pertahanan, dan membuktikan bahawa Ukraine masih ada taring walaupun dalam keadaan yang sukar. Ini juga memberikan mesej kepada dunia bahawa kuasa besar seperti Rusia pun ada titik lemahnya.



Post a Comment

1 Comments

  1. Tiada makna Raya Korban diseluruh dunia jika semua pemimpin dunia Islam jadi bacul dan tidak bermaruah sebagai umat Islam.

    Tak perlu rasa bangga berapa ribu ternakan dikorbankan jika nasib penduduk Gaza jadi korban Zionis Isreal..!!

    https://vt.tiktok.com/ZSk6xs5U6/

    Terpekik terlolong dijalan jalan raya mengenang nasib Gaza. Tiada makna korban haiwan diseluruh dunia jika penduduk Gaza jadi korban Zionis Yahudi... Apa makna pahala Bintang korban jika penduduk Gaza ibarat Bintang korban Zionis Isreal ...

    Hari Raya kali ini, tiada suasana perayaan. Tiada haiwan korban, kami kini mengorbankan nyawa kami sendiri, korbankan badan kami. Tidak ada suasana Aidiladha di Gaza," rintih seorang penduduk Khan Younis, Mahmoud Abdel Jawad.

    kepada semua negara Islam dan semua negara Arab. Jangan lupakan kami. Tidak ada orang yang datang membantu kami. Kami mahukan perdamaian. Kami mahu hidup dengan bermaruah,"

    Seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun pula merintih dalam keadaan cedera: "Mengapa mereka kata ini Hari Raya? Bukan Hari Raya jika kami yang dikorbankan."

    Sekitar 2,500 penduduk Gaza juga tidak dapat menunaikan ibadah haji akibat perang Israel-Hamas.

    Berbondong bondong ke Kaabah dan melakukan inadah korban tapi pemimpin Islam seluruh dunia bacul dan tidak peduli nasib Gaza...

    Apa nilai pahala haji dan korban binatang jika nilai Dan nyawa penduduk Gaza setaraf binatang korban di seluruh dunia..!!

    ReplyDelete