Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.
Yusoff sebelum ini mendakwa Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya, dan telah memfailkan saman pada tahun 2021.
Hakim Roz Mawar Rozain dalam keputusannya menyatakan bahawa lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh pihak Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak mencapai tahap kelayakan yang sepatutnya.
“Mahkamah Persekutuan bukan tempat untuk pandangan spekulatif atau defensif,” tegas Roz Mawar, sambil menyatakan bahawa mahkamah tidak berpuas hati dengan permohonan tersebut kerana persoalan yang dikemukakan tidak material untuk menyelesaikan kes.
Sebagai akibatnya, mahkamah memerintahkan perbicaraan diteruskan seperti dijadualkan pada 16 Jun ini. Anwar juga diarahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff.
Keputusan ini menjadi tamparan awal buat Anwar yang kini perlu berdepan proses mahkamah secara terbuka – satu perkara yang pasti akan menarik perhatian rakyat menjelang tempoh politik yang semakin panas.
Artikel Asal : Mkini
1 Comments
Rasa tak ado yg dapat haji mabrur tahun ni sebab penduduk Gaza tak ridha dengan jemaah haji di Mekkah...
ReplyDeleteKhalas