Ameera Khan: "Saya Bukan Melayu" – Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu?




Ameera Khan, pempengaruh popular dan adik kepada Neelofa, baru-baru ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa dia bukan Melayu. Menurutnya, ibu berdarah Arab, ayah pula Pakistan – tiada setitik pun darah Melayu.

Namun, persoalannya: kalau bukan Melayu, macam mana pula dengan segala keistimewaan Melayu yang mungkin dinikmati selama ini? Masuk universiti guna kuota? Dapat bantuan khas? Atau hanya “bercakap loghat Kelantan” pun dah cukup layak?

Ameera juga mengakui selama ini hanya “mengiyakan” dirinya sebagai Melayu demi mengelak daripada dikata lupa asal-usul. Ironi bukan? Mengelak daripada nampak lupa asal-usul dengan... mengaku asal-usul yang bukan milik sendiri?

Katanya lagi, “Kalau tak boleh cakap Melayu, kena tampar muka saya.” Tapi persoalan sekarang: bila dah fasih cakap Melayu, automatik dapat IC Bumiputera ke?



Artikel Asal : Hmetro

Post a Comment

0 Comments