Jumaat lepas semua posting Facebook dari hujung 2022 tiba-tiba hilang. Macam biasa, kita pun terus angkat telefon, hubungi pihak atasan, dan minta Meta siasat serta pulihkan balik semua posting.
Admin page? Takkanlah admin sendiri tersilap tekan, atau terdelete masa tengah scroll sambil makan nasi lemak. Mustahil. Mesti Meta punya salah. Dan biasalah, kalau Meta delete, memang takkan tinggal sebarang notis, email, atau amaran. Hilang begitu saja, macam jin ambik.
Sebelum semak log, sebelum tanya admin sendiri, kita terus percaya ada ‘tangan ghaib’ cuba padam sejarah. Mungkin next step, kita patut panggil FBI atau Interpol untuk bantu siasat. Mana tahu, ni semua konspirasi antarabangsa.

0 Comments