‘No, Thanks’ – Rafizi Tolak Tawaran Nurul Izzah, Kekal Dengan Akar Umbi


Rafizi Ramli menolak tawaran untuk dilantik sebagai timbalan presiden PKR walaupun ditawarkan sendiri oleh Nurul Izzah. Baginya, ini bukan soal jawatan tetapi soal mesej dan prinsip perjuangan. Dia memilih untuk terus fokus sebagai Ahli Parlimen Pandan dan berkhidmat di peringkat akar umbi, tanpa perlu mengejar pangkat dalam parti.

Rafizi juga menepis spekulasi tentang penubuhan parti baru, menegaskan bahawa sebarang langkah sebegitu boleh mengosongkan kerusinya di bawah undang-undang antilompat parti. Dia kekal setia dalam PKR dan tidak mahu cetus ketidakstabilan politik.

Selain itu, beliau memberi amaran kepada PKR supaya berhati-hati menerima penyertaan bekas ahli Umno seperti Tengku Zafrul. Katanya, walaupun tiada larangan rasmi antara parti gabungan kerajaan Madani, tindakan seperti ini boleh membuka ruang kepada kekeliruan dan risiko politik yang tidak dijangka.

📌 Sumber asal: Malaysiakini


Post a Comment

1 Comments

  1. Tong gas naik harga

    Kata pelabur billion billion


    Balik Malaysia naik harga tong gas



    Pantek la kau

    ReplyDelete