Sungai Buloh, 31 Mei 2025 – Sebuah kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta Perodua Axia dilaporkan berlaku di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh arah utara kira-kira jam 11.37 pagi tadi.
Menurut saksi kejadian, insiden berlaku dalam keadaan trafik perlahan apabila bas laju berkenaan gagal membrek lalu melanggar bahagian belakang Axia yang sedang bergerak perlahan di laluan keluar ke kawasan R&R.
Tiada laporan kecederaan parah setakat ini, namun pemandu Axia dilaporkan mengalami trauma akibat hentaman kuat dari belakang.
Beberapa pengguna jalan raya sempat merakam kejadian itu, dan video berkenaan kini tular di media sosial.
“Mangsa sangat berharap rakaman dashcam atau video orang awam dapat membantu proses siasatan pihak berkuasa,” kata seorang saksi yang turut berada di lokasi.
Orang ramai yang mempunyai rakaman atau maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Keselamatan di lebuh raya terus menjadi keutamaan, dan pengguna dinasihatkan agar sentiasa memandu dengan berhemah, terutamanya di kawasan R&R yang sering sesak.
Sumber - MYNEWSHUB
0 Comments