Seorang bapa bertindak pantas terjun ke laut untuk menyelamatkan anak perempuannya berusia 5 tahun yang terjatuh dari dek keempat kapal persiaran Disney Dream pada Ahad lalu. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika kapal sedang belayar dari Bahamas ke Fort Lauderdale. Si bapa berjaya mengekalkan anaknya terapung selama 20 minit sebelum kru kapal menyelamatkan mereka.
Bagaimanapun, lelaki itu menjadi sasaran kecaman selepas tersebarnya khabar angin kononnya dia meletakkan anaknya di atas pagar untuk mengambil gambar sehingga menyebabkan kanak-kanak itu jatuh. Polis Broward County kemudian menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkan melalui rakaman video keselamatan bahawa si bapa tidak bersalah. Siasatan mendapati kanak-kanak itu terjatuh secara tidak sengaja semasa bermain berhampiran lubang tingkap.
Kru kapal dipuji atas tindakan pantas menyelamat dan menjaga kedua-dua mangsa, manakala Disney Cruise Line menyatakan kebanggaan terhadap pasukan mereka. Keseluruhan kejadian dari saat jatuh hingga diselamatkan hanya mengambil masa sekitar 20 minit, dan kedua-duanya disahkan selamat selepas diperiksa oleh pasukan perubatan kapal.
Sumber : DailyMail
0 Comments