Korang dah kenapa? Tak bincang dulu ke sebelum buat posting?
Kenyataan rasmi KKM yang mendakwa hanya 158 pesakit hadir pada 30 Jun 2025 di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh jelas bercanggah dengan realiti di lapangan. Notis rasmi di kaunter Spine Clinic sendiri menyatakan jumlah pesakit adalah 300 orang, bukan termasuk waris atau penjaga. Malah, bilangan doktor pakar juga berbeza — KKM kata ada 3 pakar, tapi klinik nyatakan hanya 1 pakar sahaja yang bertugas. Ini bukan soal silap kira, tapi satu kegagalan maklumat asas yang mengelirukan orang awam.

Apabila rakyat tular isu kesesakan dan penantian berjam-jam, respons balas yang cuba "meredakan" keadaan dengan angka yang tidak tepat hanya menambah rasa kecewa dan hilang kepercayaan. Jangan kecilkan suara pesakit yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk rawatan, kemudian salahkan jumlah waris pula. Kalau angka pun sudah tidak betul, macam mana rakyat nak yakin dengan penambahbaikan yang dijanjikan?
Salam Sejahtera, Tuan. Terima kasih atas keprihatinan terhadap isu yang dibangkitkan.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 3, 2025
Merujuk kepada situasi pada 30 Jun 2025 di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh, pihak kami telah mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital. Berdasarkan semakan:
1. Seramai… https://t.co/L36rFskxst
0 Comments