Rafizi ‘Bakar Balik’: Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang



Rafizi Ramli memberi respon tenang terhadap sindiran Datuk Puad Zarkashi yang memberi "nasihat" supaya beliau tidak berakhir di penjara.

Menurut Rafizi, beliau selama ini memilih untuk tidak membalas sindiran Puad demi menjaga adab sesama pimpinan kerajaan, memandangkan Puad merupakan wakil rakyat UMNO. Namun, katanya, sindiran berulang-ulang Puad kini memerlukan sedikit penjelasan.

Latar Belakang Dendam Politik?

Rafizi mengingatkan bahawa Puad sebelum ini merupakan Ketua Pengarah JASA yang bertanggungjawab mempertahankan Najib Razak menjelang PRU14. Ketika itu, banyak isu yang dibawa oleh Rafizi menjadi tekanan kepada kerajaan BN. Rafizi percaya peranan Puad ketika itu kurang berkesan, sehinggakan beliau digugurkan sebagai calon Parlimen UMNO dan hampir bertanding bebas.

Rafizi Tak Gentar

Katanya, jika beliau benar-benar takut ada kes, beliau tidak akan berani terus aktif dalam politik atau menyandang jawatan menteri. Malah, beliau pernah dipenjarakan tiga tahun hasil pertuduhan di zaman kerajaan lama, dan tetap tenang serta reda ketika itu.

Rafizi juga menegaskan bahawa sepanjang menjadi menteri, beliau tidak pernah menyalahguna kuasa, malah membentuk jawatankuasa bagi membuat keputusan yang melibatkan kelulusan besar, seperti perolehan hartanah Bumiputera.

Akhir sekali, Rafizi membalas "nasihat" Puad dengan satu peringatan: lebih baik muhasabah diri, fikirkan dosa dan pahala – lebih-lebih lagi jika umur sudah jauh lebih tua.

Artikel Asal : Xrafizi

Post a Comment

0 Comments