🔥 Drama di Parlimen! 🔥 Kontrak Tabung Haji



🔥 Drama Kontrak Tabung Haji di Parlimen 🔥

Sidang Dewan Rakyat hari ini sekali lagi jadi panas apabila Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) berentap dengan Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13.

Isunya ringkas saja — adakah kontrak penjenamaan semula Tabung Haji diberikan melalui tender terbuka atau rundingan terus?

Tapi soalan mudah itu bertukar jadi perbalahan. Marzuk mendakwa kontrak lumayan itu jatuh ke tangan syarikat milik bukan Melayu, sedangkan ramai syarikat Melayu-Bumiputera masih menunggu peluang secara telus. Beliau siap menamakan syarikat dan pemegang sahamnya dalam dewan.

Menteri pula mempertahankan Tabung Haji dengan menafikan kos projek itu sebanyak RM20 juta seperti didakwa, sebaliknya hanya RM5.9 juta. Namun, jawapan itu dianggap “pusing” dan tidak menjawab pokok persoalan: tender terbuka atau rundingan terus?

Pertikaman lidah makin panas, hingga Timbalan Speaker Alice Lau campur tangan. Pada awalnya Marzuk diarahkan keluar selama 30 minit. Tetapi kerana masih berkeras bercakap walaupun mikrofon dimatikan, hukumannya ditingkatkan kepada gantung dua hari dari sidang Parlimen.

Soalan besar yang tinggal:
Kalau benar telus, kenapa susah sangat nak jawab “tender terbuka atau rundingan terus”? Rakyat bukan nak drama, rakyat cuma nak jawapan jelas dan berani.


Post a Comment

0 Comments