Mata dikorek, Jantung, Hati & Buah Pinggang di curi

SAH ISRAEL CURI ORGAN RAKYAT PALESTIN 

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Munir Al Barsh mengesahkan Israel mencuri organ dari sebahagian daripada 315 jenazah yang dipulangkan mereka 

Hasil siasatan mendapati ada kesan bedah anggota badan dengan sangat rapi. Organ organ seperti Hati, Jantung Buah Pinggang dan Kornea Mata hilang dari jenazah jenazah ini

Selain itu jenazah ini juga menunjukkan kesan dilanggar oleh kereta perisai, ditembak mati dari jarak dekat sama ada di dada atau kepala dan kesan rogol dan layanan buruk ke atas jenazah ini. Ada digari, ditutup mata atau diserang dengan anjing

Seramai 315 jenazah telah dipulangkan. 89 disahkan. Identiti dan 182 dikebumikan di kubur besar kerana kekurangan Tanah Perkuburan Islam 

Pasukan Perubatan menyimpan jenazah dalam peti ais ikan kerana tidak mempunyai Bilik Jenazah mencukupi atau Makmal Ujian DNA kerana dimusnahkan Israel 

Ketika ini pihaknya semakin kehilangan bukti forensik untuk membuktikan Israel melakukan kekejaman ini. 

Para keluarga mengenal pasti jenazah org yang mereka sayangi melalui pakaian, bukti pergigian, cincin kahwin atau apa apa yang berkaitan 

Sebanyak 735 jenazah rakyat Gaza dicuri Israel sebelum gencatan senjata. 1,500 Jenazah rakyat rlapor Hareetz disimpan di Penjara Sde Teman. 

Dr Munir merayu agar masyarakat antarabangsa membuat siasatan bebas untuk kekejaman ini dan mendesak Israel menyerahkan rekod penuh identiti kepada Persatuan Palang Merah Antarabangsa bagi baki 182 jenazah yang dipulangkan yang tidak dapat dikenal pasti



Post a Comment

0 Comments