Bekas Individu Didakwa Rasuah! Dilantik Pengerusi SDB?!

Yusof Yacob, yang sebelum ini didakwa terlibat dalam kes rasuah berkaitan lesen cari gali mineral di Sabah, dilantik sebagai pengerusi baharu Sabah Development Bhd (SDB).

Menurut laporan Malaysiakini, bekas Adun Sindumin itu telah memulakan tugasnya di Menara Kinabalu semalam dan menerima taklimat operasi serta hala tuju strategik syarikat, bersama kehadiran lembaga pengarah dan pengurusan kanan GLC.

Yusof turut merakamkan penghargaan kepada Hajiji Noor atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. SDB merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Sabah.

Untuk rekod, pada Jun tahun lalu, Yusof didakwa menerima wang tunai RM200,000 berkaitan pemprosesan lesen cari gali mineral. Kes itu merupakan sebahagian daripada skandal perlombongan Sabah yang turut mengaitkan beberapa tokoh politik negeri.

Isu ini kembali mencetuskan perhatian awam selepas pemberi maklumat kes, Albert Tei, mencabar Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat, sambil mempersoalkan komitmen agenda reformasi membanteras rasuah.





Post a Comment

0 Comments