Perikatan NATO dilaporkan mengerahkan pesawat tempur ke Asia Barat apabila beberapa negara anggotanya meningkatkan kehadiran udara di rantau bergolak itu.
Pemerhatian penerbangan dan laporan media antarabangsa menunjukkan Jerman, Perancis dan United Kingdom menghantar pesawat Eurofighter Typhoon ke RAF Akrotiri di Cyprus serta ke pangkalan udara di Jordan, termasuk Muwaffaq Salti Air Base.
Langkah ini berlaku ketika Washington berulang kali menafikan sebarang rancangan untuk mengebom Iran. Namun, pergerakan aset udara NATO dilihat oleh penganalisis sebagai peningkatan kesiapsiagaan ketenteraan yang signifikan di tengah ketegangan serantau.
Pihak United Kingdom secara terbuka mengesahkan penghantaran jet pejuang dan pesawat sokongan ke Timur Tengah atas alasan keselamatan dan pencegahan. Tiada pengumuman rasmi setakat ini yang menyatakan operasi serangan terhadap Iran, namun penempatan tersebut menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan senario konflik jika ketegangan terus memuncak.
Sumber ;
France 24 – Kenyataan UK mengenai penghantaran jet dan aset sokongan ke Timur Tengah
Reuters – Laporan penempatan semula aset ketenteraan Barat di Asia Barat
Pemerhatian penerbangan terbuka (OSINT) dan laporan media antarabangsa mengenai pergerakan Eurofighter ke Cyprus dan Jordan

0 Comments