WASHINGTON D.C., 12 Jan 2026 – Presiden Donald J. Trump mengumumkan bahawa mana-mana negara yang berurus niaga atau menjalankan perniagaan dengan Republik Islam Iran akan dikenakan cukai tarif sebanyak 25% ke atas semua urusan perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan ini dibuat oleh Trump menerusi platform Truth Social dan menurut beliau, perintah ini berkuat kuasa serta-merta dan dianggap “muktamad dan tidak boleh dirunding”.
Trump menulis:
Effective immediately, any Country doing business with the Islamic Republic of Iran will pay a Tariff of 25% on any and all business being done with the United States of America. This Order is final and conclusive…. — PRESIDENT DONALD J.
Langkah ini dilihat sebagai usaha meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Iran, yang kini menghadapi protes besar-besaran di dalam negara akibat keadaan ekonomi serta penindasan kerajaan terhadap penduduknya.
Akibat daripada pengumuman itu, negara-negara yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Iran termasuk beberapa ekonomi besar seperti China, India, Turki dan lain-lain berisiko dikenakan tarif tambahan 25% jika ingin meneruskan urusan perdagangan mereka dengan AS.
Ini merupakan satu langkah drastik dalam dasar perdagangan AS dan boleh memberi kesan kepada hubungan ekonomi global dan rantaian bekalan negara lain, terutama yang mempunyai hubungan dagang signifikan dengan Iran.
Sumber Berita
• Reuters: Trump announces 25% tariff on countries doing business with Iran.
• The Edge Malaysia: Trump vows 25% tariff on goods from Iran “business” partners.

0 Comments